[ HOME ] _____________ [ GALERI ] __________ [ AKTIVITI ]___________[ REGISTER ]___________[ BULETIN ]_
_

Kelab ini adalah hak milik semua Ahli SRD. Ia bukanlah hak milik mana-mana individu. Pihak Admin hanyalah menjaga dari segi pengurusan dan pentadbiran kelab bagi memastikan kelab ini sentiasa bergerak dalam keadaan lancar dan teratur.

Sebelum memulakan dan menjadi ahli kelab ini diharap memahami dasar-dasar undang-undang yang dikeluarkan supaya apa yang kami adakan disini tidak dituntut diakhirat atau dihari kemudian nanti.

Syarat Keahlian
WargaBelia Malaysia.
Berumur 18 tahun hingga 40 tahun.
Mempunyai kenderaan sendiri.
Memiliki lesen memandu dan cukai jalan yang disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Tidak terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah dan alkohol.
Pengubahsuaian kenderaan tidak keterlaluan dan menyalahi undang–undang, Kenderaan Khas untuk ' Autoshow' dan 'Sukan' dikecualikan.
Kenderaan mestilah lengkap seperti cermin sisi, lampu isyarat, lampu berhenti dan sebagainya mengikut undang–undang Jabatan Pengangkutan Jalan.


Setelah menjadi ahli berdaftar, semua ahli dikehendaki mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan supaya tidak ada berlakunya salah guna nama Kelab ini.

Setiap ahli Kelab berhak menerima satu set pelekat rasmi kelab dan satu salinan Perlembagaan Kelab sekali sahaja semasa pendaftaran.

Tiap-tiap ahli Kelab dibenarkan menyertai dalam segala kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab ini.

Ahli-ahli dikehendaki menghadiri perjumpaan dan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh kelab, kecuali ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut, akan diambil tindakan yang sewajarnya oleh Kelab.

Semua Ahli Kelab dilarang membuat apa jua aktiviti atau perjumpaan yang menggunakan nama Kelab tanpa kebenaran. Ini kerana, jika tiada alasan yang munasabah, aktiviti tersebut berkemungkinan membawa kesan negatif terhadap masyarakat dan mencemarkan nama baik SRD. Pihak Pengurusan tidak akan bertanggungjawab jika terdapat kes polis akibat dari aktiviti tersebut.

Segala masalah yang berkaitan dengan Kelab, hendaklah dirujuk kepada Ahli Jawatan Kuasa Majlis terlebih dahulu.

Semua AJK Tertinggi dilantik atas budi bicara Kelab bagi menentukan hala tuju kelab kerana kelab ini. Sebarang jawatan boleh ditarik balik jika kuasa disalah-gunakan. AJK Tertinggi yang terpilih adalah dikalangan ahli yang hanya menyertai SRD MOTORSPORT sahaja dan bukan dikalangan ahli yang menyertai banyak kelab kereta.

Cenderahati, barangan, aktiviti, dan segala aspek yang berkaitan Kelab adalah tanggungjawab Kelab. Ahli tidak dibenarkan menggunakan nama SRD MOTORSPORT untuk tujuan perniagaan tanpa usahasama atau persetujuan Kelab. Ianya bertujuan untuk memastikan tiada yang mengaut keuntungan dari nama SRD MOTORSPORT.

Kelab tidak akan bertanggungjawab diatas apa jua urusan jual beli sesama ahli. Jika terdapat sebarang penipuan berlaku, ahli hendaklah menyelesaikannya sendiri.

Kelab ini tidak bertanggungjawab jika terdapat ahli yang terlibat dalam kegiatan negatif seperti lumba haram, pengubahsuaian secara keterlaluan yang tidak disahkan oleh JPJ dan sebarang perkara yang mencemarkan nama baik kelab.

Ahli-ahli hendaklah menjaga tata susila ketika berada diatas jalan-raya dan jika terdapat aduan mengenai tingkah-laku segelintir ahli kelab, maka tindakan akan diambil.

Jika terdapat ahli yang melanggar syarat-syarat dan peraturan, pihak kelab akan menggugurkan nama ahli terbabit dari menyertai kelab ini.

Dengan adanya peraturan yang telah ditetapkan, tujuannya adalah agar kita dapat sama-sama memajukan lagi kelab kita ini agar lebih berdaya saing dengan kelab-kelab yang lain, dan juga dapat mengelakkan sebarang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Semoga anda menghormati setiap undang-undang yang ada demi kebaikan dan keselamatan semua. Sekiranya Ahli didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan, tindakan akan diambil.

Harapan kami agar semua dapat memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan yang ada dan jauhi segala perkara-perkara yang tidak baik yang dimurkai Allah, semoga kita semua berjaya duduk sebumbung didalam sebuah kelab yang harmoni serta berjaya hingga ke generasi yang akan datang.

Sebarang masalah, rayuan atau cadangan, sila emailkan kepada Pengurusan Kelab
srd@clubmember.org


Laman ini adalah hak milik semua. Harap Maklum !!!